perhimpunan umno 2009
October 15, 2009
sidang YM
insanUMNO: ko tak tgok persidangan umno
aku: aku keje mcm ne nk tgok ( perli apa budak ni kat aku )
insanUMNO: youtube lah bro…tgok skit2…
aku: nanti aku cari lah, hangat sgt ker?
insanUMNO: umno beb, mesti hangat..
aku: duk gebang jer lah, cakap pandai buat tarak, jumpe2 kawan2, shoping kat k.l, makan2 free, duit sape, duit ko bayar singit ahli tu lah
insanUMNO: kuang ajar ko ek..
aku: aku ckp betul kan, duit mana lg nak datang, xkan rasuah kot kn…
insanUMNO: betul lah kata ko tu, duit singit tu..
YM pun sunyi sepi pastu.. aku pun mula cari kat youtube, adalah aku jumpe, giler lah, setelah KJ berlakon film pendek, semakin popular ya amat…, saksi kan video ini. tgok abg2…akak2…kita, tgah mengila…dah mcm pak arab menari dah aku tgok..
ni sblm dia berlakon xsilap aku, video yg terbaru xde lah bro insanUMNO, nanti aku try tgok kat tv3 website klu ada.
fakup lah! polis!
October 14, 2009
tadi aku baca diprotal gua.com tajuk agak gempak Melissa Maureen Dirompak & Dicabul wife malique, aku pun baca isi kandungan cerita itu…
” Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.
Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.
Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.
Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.
Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.“
itu al-kisah nya…apa yg aku bold tu smua betul, polis mmg mcm tu, makan duit rasuah jer lah ko polis, dulu aku tak lah anti polis, tp skrang yer, mcm lahanat, sbb aku pernah kena mcm cite ni, nk buat report xblh masuk smua benda, apa bodoh ko, bawak mahkamah sah2 reject bai…. apa aku pikir, polis malas buat keje, tutup kes, sbb fakta2 penting tak di masuk kn, jgn heran lah org jual dadah pun blh terlepas, baik polis g blaja bahasa melayu frasa kata betul, tahu erti fakta dan bukti, x kan aku nk ajar kot kn, karang ckp lebih ” ko polis ker, tahu nk siasat ker ” mmg aku tak tahu, tp aku blh pikir benda logik. so malique buat lah lagu tentang polis ni, dari 10 markah penuh, aku bg 2/10 krebiliti polis yg bagus buat kerja dan blh percaya, yang lain mcm haram…
MukaBuku
October 12, 2009
facebook, satu medium baru comunity, mungkin akan pergi 1 masa nti, serupa friendster (aku dah delete, menyampah) dan myspace (aku xpernah ada binatang ni, kesukaan mat rempit ni “cara amerika”), aku pun cari lah, rakan lama, terutama kat blu inc dulu jumpe, senang nk jemput apa2 masa akan dtg nanti, seterus nyer SII, pastu aku try cari kawan2 skolah lama aku, xjumpe lah, sbb aku xingat nama betul depa @ mereka xikut style “amerika” ada benda ni, pastu cari rakan kolej dulu, ada jer, siap de comunity “afterall”, aku pun tgok2 senior aku, aku click…click sini…dan click lagi, byk dok bergaya guna DSLR, aku rasa smua ada DSLR dah skrang ni, mcm laptop, pc, handphone. gajet yg harus di nikmati.
pastu ada setengah org aku xcam muka nyer, dah membesar masing2, aku dulu pun 56kg jer, skrang dah berat ronaldo dah ni. cuma beza aku dgn ronaldo dia ada 6 pax, aku cuma ada 1 pack jer. alah beza 5 jer, dari xde lansung. dulu aku rajin jgk main game facebook, pastu aku stop, bahaya sgt, smpi ke ofis aku main, xblh lah…nk cari rezeki halal ni…(*melencong outstation xkira yer, *blk umah layan astro pun xkira) , so aku stop menanam sayur2 tu, pastu asyik kena curi jer, nak kau, kosong ladang aku, g curi tanah2 tu. knp xcuri jer atap umah skali. sblm aku jadi peladang category profesional, baik aku stop.
pastu aku tgok pic yg orang tag kat aku, xsuka kay, pic 1 pax aku nmpk tu, terlalu sexy sgt, klu kanak2 tgok muntah hijau nanti, kesian lah kat kanak2 yg melihat tu. dah mcm buah pair pun ada aku tgok. tp xlah mcm buah pair pun, ok pe, hero tamil biasa badan sexy2 mcm aku dlm pic tu lah. klu mak aku tahu aku sexy mcm ni, x tahu lah, ish…ish…
tetiba rasa nk g melepak dgn boss lama aku, layan nasi daun pisang ker, nasi ayam ss14 ker, xpun ithai ker, tak pun p redah kedai mkn kat jayaone. tp alik2 nti, longkang cafe jgk jadi pilihan, ok lah cukup aku melalut, dah 2suku, kepala aku masih pening, xblh tidu aduh, mkn pun 5 suap jer tadi. aku rasa mual nk mkn pulak dah, aku dapat feel, masa aku tingkatan 3, berat aku 83kg, aku rasa mual mcm ni lh nak mkn, after 3 to 6 month, berat aku drop 50-56kg, smpi aku kat SII mula2 dulu. tp aku xde niat nk kurus pun, masih mahu jadi hero tamil lagi, klu gua kurus, wa dapat warna rambut beb, siap ko rambut, aku buat color clown nanti.
ok sekian terima kasih, wasalam…
cakap bola…cakap omputih..cakap lompat..
October 8, 2009
pandai hang berlakon yer KJ…berbakat..tp klu hang berkempen tu, hang berlakon tak…confius aku, mcm sama jer. patut masuk anak wayang ni, aku mmg sms hang klu hang join anak wayang.
nurkasih….
October 7, 2009
sebuah drama besiri melayu yg aku suka, lantak lah korang nk ckp apa…, entah mengapa pengarah melayu xboleh buat cerita mcm ini, kisah islam…tentang islam… cinenotography yg indah… jalan cite yang kuat, bayangkan pengarah nya bukan melayu (khabir bhatia), tp mampu mengarah cite melayu dengan bagus, serta skrip yang amat bagus (mia mustafa), cite ni mampu buat aku menitis air mata, bukan kerna cinta manusia, tapi cinta kan tuhan…ya allah besar ke agungan mu…
cite melayu…pengarah melayu, mesti nk story..pki keta mewah, orang kaya2, gaduh bunuh2…itu cite melayu, kenapa! mengapa! orang bukan melayu boleh bikin cite tentang islam.., oh artis melayu suka mabuk mungkin, itu hakikat! pengarah pun mungkin sama.., aku rasa kita kekurangan sgt cerita seperti ini, aku blm tgok syurga cinta yg di katakan islamic, dari the making of syurga cinta, aku tgok xde cite islamic yg boleh beat nurkasih, malah dari segi kualiti skali pun, intipati cerita, aku mau tanye adakah prof uitm tu, blh bikin cerita mcm nurkasih, klu xboleh renti jer lah jadi prof kat situ, sbb aku dah meluat dia buat cite bodoh yg memperbodoh kan bangsa sendiri, aku berdoa moga2 tuhan bukak hati prof tu, buat terbaik dlm film nyer, agar menang dlm anugerah film malaysia tahun depan…amin….
Lirik Nur Kasih (OST) – Yasin
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih
p/s: tgok dulu cite ni baru komen, sila tgok dari 1st di website tv3.
ingat number ” korang ingat ker “
October 2, 2009
korang pernah tak ada masalah nk mengigat number, terutama number phone, aku punyai masalah bila nk ingat number lebih dari 6 digit “sib baik, klu bawah dari 6, mmg aku xlayak guna ATM machine lah”, aku paling menyampah nk ingat number phone, lemah sgt, smpi aku save number phone number sendiri dlm phone list…dulu lah, skrang aku dah ingat, kadang2 aku bukak tgok number aku sendiri, apa kan lagi nk ingat number orang lain kan…
number parent ker, awek ker, rakan rumah ker, masak oii…dapat hp ko ilang, mana tau kemalangan ker kan…susah kan, ada setengah orang tulis dlm kertas isi dlm wallet, dulu ada orang bg tips mcm ni, number2 untuk kecemasan sila hubungi number dlm tu… better korang buat, this tips mmg bagus, dari korang buat penuh wallet isi business card awek2 hot, baik korang buat apa aku tulis ni.
oleh kerana aku xblh mengigat number, maka aku salin ke dalam jam aku, yup jam aku digital, skali korang tgok mcm budak2 okey…but that G-Shock ok, not petaling street ok, tgok mamat2 yg pki G-Shock, tgok kerjaya dia, so tahu lah…orang2 bagaimana pki jam berbentuk kanak2 itu, jam itu, biasa datang blh save 30 phone number basic system, so klu aku eksiden blh tgok number penting dari jam aku. lagi pun jam ni blh baling ke dinding, aku blm test campak kat atas jalan raya, nti aku test. so number2 ini selamat lah, tp klu kena curi gak, jam ni, xleh nak buat pe lah. pejam celik, jam aku beli dulu 30 sept 2003, gaji 1st aku sebagai graphic designer, sudah 6 tahun, aku pki jam ni, rupa dah usang skit jer bg aku, color masih blm luntur, i like casio product, betul2 berkualiti.
* aku tulis entri ni, percubaan aku nk menulis sesuatu, yg mengarut, tp berkaitan, mcm gagal jer, cara penulisan ni.
politik: LaNi…depa buat joke pulak…
September 30, 2009
* aku tulis tajuk loghat penang sbb tmpt nk bertanding tu bagan pinang walaupun dia kat PD N9.
byk blog aku baca, setelah di umum kan isa samad bertanding untuk bagan pinang… aku blh ckp ” dah xde orang lain ker! daif sgt ker nk cari pemimpin “. isa samad pernah di gantung isu rasuah dlm umno selama 4 tahun, dan kini kembali untuk bertarung di pentas politik kembali.
bagi warga umno rasuah adalah pekara biasa, background xpenting…bagai mana blh mencalon kan org yg ada latarbelakang rasuah untuk bertanding…aduhai melayu.
aku: isa comeback lah
umno lover: good news, dia kan bekas MB
aku: tp dia ada isu rasuah, mahathir pun ckp, awat letak dia, blh kalah nanti
umnolover: anuar tu, bekas banduan lagi, blh jer bertanding..ada apahal!
(panas skit dah ni, gua pedulik apa, rasuah ni mmh gua panas dengar)
aku: dia kes liwat dowl…main belakang
umnolover: ko ske pemimpin gay
aku: bongok…dia kena hukum bukan dgn undang2 syariah! dia islam..yg kena pun islam, p makhamah syariah lah.
umnolover: sama jer, mana2 pun
aku: sama jadah nyer, ko mabuk mahkamah tinggi xkena sebat, ko g syariah, dapat mcm kartika tu…xkan aku nk ajar ko pendidikan islam tingkatan 4 kot
umnolover: apa ko ingat ko baik sgt, sembahyang xtingal
( ini taktik biasa lah, aku dah ready kena attact )
aku: paling tidak aku ingat tuhan…dari yg yg tahu agama, x ingat tuhan.
umnolover: ( mode senyap )
( ambik ko, berjaya aku attackback )
aku: ko rasa isa blh menang ker?
umnolover: tu kubu dia, aku rasa boleh
aku: tp history pilihanraya kecik, umno baru 1 menang, 6 lagi dah di sapu pembangkang
umno: ni main kubu kuat, x gegar nyer
aku pun malas nk chat lagi, aku biarkan jer, kubu kuat umno tu, tp aku percaya ckp mahathir, kalah itu mungkin, betul kata che det…umno kering pemimpin wibawa, rasuah adalah makanan nya. semoga umno bangkit 1 hari nanti, 1 hari nanti…mungkin…dan…mungkin…
info: panduan anda sebagai pekerja argresif seperti aku
September 29, 2009

* sumber MCAlearning.
cerita hari ini
September 27, 2009
cerita hari ini, pagi tadi dlm kul 10, aku dpt sms adik aku kemalangan, km430-440 batang berjuntai, menurut kata orang propel plus dan pasukan JPA, kilometer itu kawasan maut, so mat motor hati-hati di kawasan itu, ari ni aku jumpe org yang baik2, yg bantu adik aku, dari pihak hospital sg.buluh sampai peronda polis bantuan PLUS, propel PLUS dgn pasukan JPA, so polis blh goyang kaki fakup lah! goyang telo jer lah ko polis.
so aku berterima kasih pada org2 itu, dan 3 warganegara malaysia, yg bawak motor kilometer 430-440 itu kerana sudi bantu adik aku, xsilap adik aku ckp, 2 melayu husband n wife, sorang lelaki india, terima kasih…banyak2, mana tau ada terbaca blog aku. ok…perihal hospital, evething ok, tp lmbt skit…oh…banyak mungkin, tp hospital serdang lg lmbt,kot…oh lupa hospital gov mmg mcm tu…, dan doctor perempuan itu terkantoi dgn aku, ada nurse tu ckp kat adik aku suh ambik MC di bilik no.10, aku pun pergi, ketuk dan masuk, skali doc tu tgah ckp dlm phone,xde pesakit pun dlm tu, masa aku baru masuk rancak dlm phone, tp aku buat xdengar, malas nk ambik tahu, pastu aku mula bicara:
aku: asalamulaikum, doktor, sy wakil adik sy, nk ambik MC, nama dia ****** *****
doc: eh xde pun MC kat sini, adik awak sakit apa?
aku: eksiden motor, nurse suruh masuk bilik ni, ambik MC
doc: sekejap, nama adik awak lg skali
(atas meja doc ada byk nama pesakit, mungkin nama adik aku ada di situ)
aku: ***** *****
doc: xde pesakit saya kes eksiden hari ini.
(aku pun xpuas hati, dok sama aku tgok nama2 pesakit tu, skali aku blh terjeguk screen PC doc tu, berkelip2 YM dia, aku blh plak dok tgok dekat skit, aku tak percaya lah, tak kan doc YM dlm tugas, kata gov dah kasi notis xblh YM, yg dok canang dlm paper tu)
doc: jap sy tanye staff mana MC adik awak…
(abis smua dia call, ada dekat 7-8 call dia buat, aku rasa dia dah tau aku tgok YM dia tu)
doc: mcm ni, awak duduk luar dulu nanti nurse pangil bg MC adik awak yer.
aku: baik lah, thanks doktor.
(aku kuar tanye adik aku, bilik mana dia pergi, sape doc dia, aku terus jumpe doc yg wat rawatan tu, so dapat lah MC tu)
aku xkisah doc nk YM atau tak, aku kat ofis pun YM jgk, kita manusia, kita sama, tp yg aku ralat tu, doc tu unit kecemasan, tak kan aku nk canang satu dunia, doc hospital gov kecemasan dok YM jer, tu kadang lambat, tak elok kan, xbaik mcm tu, tp dah aku tgok depan mata aku, kat luar tu, klu ada yg dak nazak, padam jer lah, doc busy YM tu. kejadian bilik no.10, unit kecemasan hospital sg.buluh, jam 2:30ptg, 27sept2009. aku xtahu nama doc tu, mungkin fakta itu membantu, so sila lah pantau yer, doc hargai nyawa org lain, walaupun bkn org tersayang, anda memilih kerjaya seperti itu, harap buat dengan ikhlas, bukan semata2 kerana wang itu raja.
*p/s: dulu aku eksiden, ada cina tu lalu sebelah aku, tanye aku ok @ tak, dia dalam keta, aku telentang masih kaki di bawah motor, lampu hijau, cina itu blah. aku masih baru jatuh masa tu, mmg tergamam, tu lah sgt 1 malaysia kan, jgn harap jenis mcm tu nak tolong, aku bukan perkauman, sbb ada org india pernah selamatkan aku eksiden dari di leyek lori, dia xkira pun aku ni melayu ker apa, tp dia tlg. tp xpe esok2 aku nmpk jenis ko mcm tu eksiden, aku dtg tolong, 1 malaysia kan…..najib yg suruh, kita sopan sgt kat jenis lain…aku tlg jer nti…..aku tolong pijak nanti!
mohon kemaafan….di hening syawal yg akan datang..
September 18, 2009
ari ni ramai warga kota pulang ke kampung, lebuhraya PLUS menjangka kan 1.3 juta kenderaan di lebuhraya itu, tp untuk tahun ini, aku bukan dari 1.3 juta kenderaan itu, kali ini aku menyambut syawal di kuala lumpur, pagi syawal aku sembahyang di putrajaya, kenapa raya di sini, sebab aku punya masalah kewangan yg teruk, mahu @ tidak, aku beraya di sini, kepada yg pulang ke kampung berhati-hati di jalanraya…
ini ada bait-bait dialog aku dengar hari ini, yg buat aku rasa pelbagai perasaan…di rasai….
situasi 1
polis pki baju CSI: awak x boleh percaya kawan2, dalam polis pun ada orang mencuri, sesama polis pun saling tak percaya, handphone pun boleh hilang dalam balai polis, ini biasa, xboleh percaya siapa2.
aku: iye
dalam jenak fikiran aku, polis dah ngaku xboleh percaya, sape kita nk percaya, cari lah ungkapan lain, ini buka pekung di dada, “polis tak percaya sama polis” istilah nya, “tiada yang amanah lah” betul kan ckp aku, klu dulu org kata “tak smua mcm tu” tp aku rasa kena tukar “hampir smua mcm tu” , korang faham kan apa aku maksud kan. so aku pun terpikir2, sape aku nk percaya jaga ke amanan mcm ni. aduh hai malaysia…
situasi 2
mak aku: tak balik ker raya ni, mak tgah buat kuih ni, ko plak xbalik…
aku: xpe lah…
mak aku: bg akaun, mak bank-in kan duit
aku: xpe lah…ada duit skit lg ni, xpe xpayah bank-in
mak aku: nanti sms yer akaun bank
aku: -diam membisu-
talian dah putus, aku sempat bg salam..
ayat ni buat aku hiba sgt2 “mak tgah buat kuih ni, ko plak xbalik…” mak aku cakap dlm intonensi yg aku rasa hiba sangat2, aku mmg xnak mak aku bank-in kan duit, sbb aku rasa dia lebih perlukan duit itu, dan aku mmg dah nekad tak nak ambil 1 sen pun duit mak-ayah aku, korang mesti fikir aku ego, tp tak, sbb aku terasa sbb duit ni, dgn keluarga aku, so aku nekad tidak mahu 1 sen pun. bukan niat aku, nk buat mak aku sedih, tidak terlintas pun, tp keadaan tak mengizin kan, apa aku rasa skrang, tanam dlm hati, aku blh tempuh segala nya, smpi di pagi syawal….semoga takbir pagi raya, aku masih kuat untuk aku tempuhi, dlm jenak hati aku, masih ada manusia lg susah dari aku, bersyukur dgn apa yg ada, alhamdulilah.
akhir kata dari aku, mohon maaf di hulur, andai blog aku ni, ada mengasari induvidu lain terasa hati sebagai nya, salam hari lebaran buat smua.

