isu halal…
October 30, 2009, 8:23 am
Filed under: Uncategorized

halal…logo halal…aku jenis tipikal bab halal ni, klu tmpt aku mkn xde logo halal…aku susah skit., sory…aku mmg mcm tu, klu takat tulis free pork blm tentu halal, mcm wiliam kat KJ tu, please use halal logo from jakim, dan bg sijil nya skali paparkan di kedai, aku slalu ckp kat org sekeliling aku, klu free pork blm jamin halal, dia cuma xde babi, mcm mana dgn alkohol, mmg xde wine, tp pikir dlm bahan di guna kan, sos brand apa kandungan apa, paling mustahak adalah kicap, sbb byk kicap yg bagus dari thailand yg tak halal.

bagaimana aku tahu smua ini, aku tahu benda ni 5 tahun lepas, 1 thn stgah tahun aku di cameron highland berkerja dgn 2 hotel berbeza. dan aku chef kat hotel2 tu, diorang yg terang kn pada aku. malah tunjuk sendiri kicap yg ada alkohol, ada jgk yg bercampur lemak babi, kena faham yer, free pork hanya bebas babi, bukan lemak @ minyak babi yer, sbb dia dah bercampur di jadi kan kicap. aku menulis ni setelah aku terbaca artikel di harian metro mcm ni

——————————————-

” KUALA LUMPUR: Alasan tidak masuk akal apabila seorang pemilik restoran yang mempamerkan sijil halal palsu di premisnya mendakwa tidak tahu bahawa mencampurkan kicap mengandungi kadar alkohol tinggi ke dalam masakan ayam haram dimakan.

Difahamkan, restoran kopitiam terletak di Damansara Perdana terbabit menggunakan kicap dengan kadar alkohol 16 peratus setiap botol itu sebagai resipi wajib bagi merendam ayam masakan yang dihidangkan.

Perbuatan disifatkan satu penganiayaan kepada pengguna Islam itu berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat serbuan di restoran kopitiam itu, semalam.

Serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu disertai seramai lima pegawai Jakim dibantu tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya.

Pemilik restoran bukan Islam berkenaan dipercayai menggunakan sijil halal palsu terbabit sebagai modal menarik pelanggan di kalangan pengguna Islam. Mungkin menyedari sukar melepasi syarat pensijilan halal Jakim, dia cuba mendapatkan sijil halal dari pihak yang menawarkannya pada harga tertentu.

Pemeriksaan mendapati, pemilik restoran mempamerkan sijil halal Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) luput tarikh pada dinding premis,” katanya.

Menurutnya, pegawai Jakim yang melakukan pemeriksaan susulan di dapur restoran berkenaan terkejut apabila menemui beberapa botol cecair hitam dipercayai kicap khas digunakan dalam masakan.

“Pemeriksaan pada botol kicap mendapati ia mengandungi alkohol 16 peratus. Kadar alkohol tinggi itu jelas boleh menyebabkan individu yang meminum kicap berkenaan mabuk.

“Ketika ditanya kepada tukang masak warga asing yang bertugas di dapur berkenaan, dia mengaku menggunakan kicap alkohol terbabit untuk merendam ayam supaya lebih enak. Berikutan itu, pegawai Jakim merampas ketiga-tiga botol kicap alkohol berkenaan,” katanya.

——————————————-
so tepuk dada tanye selera, yang mana halal…yang mana tidak…klu kita jijik nk makan babi, apa beza nyer nasi goreng atau pun chicken chop kita di masak dgn minyak babi. di tambah dgn kicap alhohol…ohh..tp sy tak minum akhohol…blh mcm tu…so gunakan tanda halal sebagai guide. itu lah guna nya sijil dan logo halal.



malu aku menteri mcm ni…
October 29, 2009, 4:52 pm
Filed under: Uncategorized

cite ni dah agak lama, kira waktu BERSIH protes dulu, rasa nyer, pak menteri zam ni, entah mana pegi pun aku xtahu, dah lah menteri, english…aduh hai…menteri beb…ambik lah kelas english, nk malu apa…menteri english 1 standard dgn aku! menteri apa mcm ni! baik aku g interview jawatan menteri mcm tu…, yang aku tak berkenan tu, cakap ikut emosi…sebagai menteri..wartawan berita tu tanye elok2, ni dia hablur dgn perkataan yang bagi aku, ” ko resign jer jadi menteri penerangan tu ” kata dulu bekas wartawan konon, patut tahu lah nk ckp apa…klu takat jadi wartawan hamba kerajaan, orang tak pandang dah…nanti ko di label wartawan kelas dua…, mcm ala2 majalah mangga tu. tak pun kosmo tu, ok lah aku harap menteri akan datang jaga RTM ok skit lah, aku tgok RTM dah mcm kelas 2 jugak dlm penyiaran. tgok lah video ini….korang tgok dan nilai kan…

p/s: thanks adam komen my blog bout gay story.



ambil gambaq
October 25, 2009, 6:46 pm
Filed under: Uncategorized

tukang gambaq, dulu org pangil mcm tu, lani photographer….ramai dah lagu ni org ambik gambaq, dah blh buat hoby untuk golongan sedahana, aku pun xpandai nak ambik gambar yg tahu basic jer…guna auto sudah…, tp camera yg mahal..memudah kan keje ambik gambar, tambah dengan lensa yg mahal…ada org ckp, camera biasa pun blh, mmg betul…tp klu camera biasa blh, apa jadah nyer harga beza, mesti teknology beza kan…, aku masih ingat lagi zaman film, develop black and white..terkenang encik yeshh…lecture photography aku dulu, bila gambaq cun, dia sebut yeshhhh….gilos terkejut 1 kelas, nama betul dia encik ramli (betul kn ida, eh silap nama komersial siti), tp aku lg suke lecture sblm tu, sbb dia tahu art yg ada dlm picture aku, 1st asignment wa dah kena puji…hahahaha…smpi lah akhir sem photography wa dapat A+, nak kata gua minat mmg lah, tp yang xmampu tu ongkos nya, zaman film kan.., 36 roll jer, xjadi masak beb…mesti kena jadi, pki fuji200 kat kedai biasa rm14.50, beli kat maidin rm9.50 blh dapat 36 roll nyer woo. aku suka fuji sbb blue and green dia naik, paling mahal film aku beli rasanya rm18 xsilap aku fuji400 ker fuji800, aku rasa fuji800 sbb aku pki kat dlm stadium darul aman + dapat pki lensa kepunyaan IKIP yg berharga 25k, jadi kuli pikul lensa tu pun xpe…janji merasa pki lensa tu, walaupun 5-6 snap jer..jadi lah…dari xmerasa lansung.

tu dulu era film, skrang era digital, kadang aku tgok camera mmg mahal, lensa mahal, sayang nyer ambik gambar, sedih aku tgok. xsusah nak ambik gambar tau basic teknology dulu, ISO, aperture, shutter speed. mana camera sama basic tu, pastu baru blaja art, komposisi, point of view, varaisi color, liner pespektif dan mcm2 lagi, gua xingat dah lama tingalkn skolah seni, gua nk ckp lebih2 pun xblh, gua dah jarang sgt petik gambar…sgt2 jarang lah. ari gua petik, gua xingat dah nk pki ISO bape, shutter speed bape, siap gua kena tanye, betul ker gua setting binatang ni…gua mmg xmalu nak tanye, xingat tanye jer, ini gua ada buah tangan skit, gambar lama 3 tahun lepas, masa gua kat company lama kat PJ. gua guna camera biasa DSLR lah, tp wa ambik pki RAW, masak gua nk resize tadi dari 21mb ker ratus KB jer, sbb nk masuk dlm ni.sila lah tgok, xbyk pun sbb selepas 4 keping RAW gua resize…gua rasa malas, sbb RAW file kena setting dulu, nasihat gua pki RAW file klu nk selamat gambar dan detail.

IMG_9736

IMG_9681

IMG_9744

IMG_9743



redang pun dia nak…gampang dengan butuh tak nak ker?
October 24, 2009, 5:35 pm
Filed under: Uncategorized

isu indon xreda lagi, abis smua benda dia nak, bg aku xde isu pun, gov pun releks jer, ambik jer klu nak….xde hal nyer, xde isu pun. satu rumpun apa masalah nyer, mmg segi budaya, warisan, keturun mungkin sama, aku pun latarbelakang keturun indon, itu hakikat, tapi surat beranak aku melayu, keturun melayu, diorang x nak claim aku ni hak diorang ker!

ok, kita mmg xde rasa sakit hati @ rasa nak membalas, walaupun bendera kita di bakar kan, tp bg aku kita xpayah layan, yang penting kita stop segala benda yg berkaitan dgn indonesia, lupakan lah nk bawak artis mereka ke sini, pastu ramai ppuan giler sgt lah band indon tu, heran aku….yang lg giler syarikat telekomunikasi malaysia penaja nyer! bangga sgt lah….diorang xsuka kita, kita plak…alahai…susah nak ckp lah…aku mmg xsuka music diorang masuk byk sgt, dgn konsert lah, pastu mula berlaku mcm2 hal.

aku ada baca blog indon yg protes malaysia, dan ada 1 komen sgt bernas ” kenapa nak gaduh serumpun melayu, tp serumpun islam itu sendiri, kita nk di ketawakan oleh zionis dan yang lain di barat itu, mana jiwa islam” blog indon tu x reply pun komen tu, bagi aku itu yang betul.

siap ada hip-hop buat lagu kutuk malaysia, so jgn bg masuk Saykoji masuk sini, dan jgn sesekali artis hip-hop malaysia kolibrasi dgn Saykoji ni. oh lupa, indon blh ambik 2 perkataan yang kita pinjam dari diorang kot, yang jarang sgt kita pakai kat sini ambik lah GAMPANG dan BUTUH itu.



g…a…y….g.a.y….
October 20, 2009, 12:17 pm
Filed under: Uncategorized

gay…gay…gologan yg songsang bak kata org, tapi adakah kita tahu cara hidup mereka, sama jer kn dgn manusia biasa, dan beza nyer, pasangan nyer dari kaum yg sama. bagaimana mereka blh jadi begitu…sebab apa… nafsu, @ cinta itu sendiri. ada jgk crita gologan ini yg berkahwin semata menutup aib nya (kata org lah) sudah pasti family nya tidak tahu, hal nya begitu, maka kahwin lah, dan gay jgk seorang yg penyanyang, penyabar. smpi ada yg sudah beristeri tp pada masa sama ada BF tanpa pengahtahuan isteri, ini cerita yg aku dengar, ke sahihan nya, tidak pasti.

baru2 ni rakan2 skolah lama menengah aku add dlm facebook, ramai yg dah berkeluarga, yg masih blm, top 5 kelas lama aku dulu, sorang jer dah kawin, tu pun ppuan. top 5 maksudnya, dlm kelas kedudukan 1-5. aku number 4, ju number 1 blm kawin jgk, yg lain india n chinese. blm jgk kawin. itu xkisah lah, cerita kawan2 lama, alik2 ada orang add, yg nama dia pernah aku lihat, tp bukan pelajar skolah aku dulu, cikgu di sekolah aku dulu, cikgu yg pernah pengang pungung aku, sex abuse ok, aku budak skolah masa tu, giler ok, suke hati pegang pungung aku, cilakak! masa tu aku tingkatan 4, blm ada pegang jawatan besar lg, klu aku report mmg nahas lah ko, masa tu aku blur apa tu gay, serius..aku xtahu lansung, yg aku tahu kes anuar ibrahim masa tu, so aku faham skit2, now dia nak add aku kat FB, aku pun lantak lah ko lah, yg heran nya cikgu ni, baik dgn ppuan, ada jd adik angkat lah ” itu satu kesalahan yer cikgu”. so aku fobia dlm soal gay ini, dan… masa aku keje cyber pun, ada jgk sex abuse terhadap aku, cara yang sama jgk, mungkin untuk saje2, tp x mungkin saje2 kot…lelaki tampar pungung lelaki! aneh bukan….masa tu aku kaget jer lah…aku baru keje kat situ, so mana keadilan org seperti aku ni.

bila kerja dlm industri media, xde orang nk usik aku pun, rakan ofis smua ok, walaupun team aku dulu, sah ada yg gay, tp diorang profesional, respect each other, editorial lain pun sama…yg lembut2 adalah, tp diorang smart casual g keje, serius smart sgt, klu sang gadis tgok, mungkin terpikat, tp diorang ni lembut, ada jgk, sembahyang tak tingal, dan aku tidak berfikiran dismikrasi terhadap mereka. dan dekat luar pun diaorang smart. tp aku masalah nya aku bila jumpe client, party bagai, siap ada pernah tanye aku gay ker, apa persis nya aku, kelihatan gay kah! smpi pernah aku interview aku sebuah syarikat periklanan milik melayu, art director nya seorang ppuan, tanye aku gay ker…semasa interview. aku tanye balik klu gay knp? aku xdapat job ni. dia diam jer. aku terbuka nk cite benda ni sbb aku terbaca kisah gay di blog adamdryx.blogspot.com apakah di sebalik cara hidup gay ini.

p/s: masa aku kerja cameron dulu *kak wan pernah tanye aku dgn nada mcm ni. ” ko cakap betul2 ko ni gay ker tidak…ckp betul2? jgn tipu kak wan ” sebab nyer aku bg cd lagu faith hill, dan main kn lagu faith hill berulang kali kat imac, salah ker aku ada cd faith hill, dia ckp gay suka dengar lagu faith hill. siot jer.

* kakak angkat aku yg kini ada di sabah, 15 tahun duduk kat US, dia ckp gay kat sana suke faith hill.



yang aku tak tahu, korang pun tak tahu kot…
October 20, 2009, 8:02 am
Filed under: Uncategorized

aku ada baca artikel cermin gelap kat blog mazidul akmal sidik click sini baca http://mazidulakmal.blogspot.com/2009/10/benarkan-cermin-gelap_16.html golongan yg di benarkn cermin gelap kereta hanya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan, Tengku Mahkota, Raja Muda, Hakim Mahkamah Tinggi, Panglima Tentera Darat dan Ketua Polis Negara sahaja dibenar menggunakan kenderaan bercermin gelap di negara ini. Individu disahkan Ketua Polis Negeri terancam keselamatan diboleh menggunakan cermin gelap. Begitu juga individu terancam kesihatan akibat cahaya matahari disahkan doktor pakar hospital kerajaan.

itu yang sah dari segi peraturan kerajaan malaysia, yang jadi masalah nyer, apa kejadah nyer Menteri Kabinet, wakil rakyat, pegawai dan kakitangan JPJ, PDRM, Kastam dan Jabatan Imigresen. sape bagi diorang ni bercermin gelap kereta, cakap tak serupa bikin kan… siot jer nk koyak kan tinted orang, tp diorang jgk salah di sisi undang2. VIPP pun tak di benarkan..knp JPJ x tahan dan suh diorang koyak kan tinted golongan itu. JPJ anda ada jawapan…. ada setengah golongan berani lawan ckp JPJ dgn bg alasan ini, mmg betul pun…klu korang berani, klu ada JPJ tahan, ko suruh dia koyak kan tinted kenderaan diorang, pastu suh diorang plak tunjuk undang2 mana bg diorang pki cermin gelap.

jpj1



perhimpunan umno 2009
October 15, 2009, 7:14 am
Filed under: Uncategorized

sidang YM

insanUMNO: ko tak tgok persidangan umno

aku: aku keje mcm ne nk tgok ( perli apa budak ni kat aku )

insanUMNO: youtube lah bro…tgok skit2…

aku: nanti aku cari lah, hangat sgt ker?

insanUMNO: umno beb, mesti hangat..

aku: duk gebang jer lah, cakap pandai buat tarak, jumpe2 kawan2, shoping kat k.l, makan2 free, duit sape, duit ko bayar singit ahli tu lah

insanUMNO: kuang ajar ko ek..

aku: aku ckp betul kan, duit mana lg nak datang, xkan rasuah kot kn…

insanUMNO: betul lah kata ko tu, duit singit tu..

YM pun sunyi sepi pastu.. aku pun mula cari kat youtube, adalah aku jumpe, giler lah, setelah KJ berlakon film pendek, semakin popular ya amat…, saksi kan video ini. tgok abg2…akak2…kita, tgah mengila…dah mcm pak arab menari dah aku tgok..

ni sblm dia berlakon xsilap aku, video yg terbaru xde lah bro insanUMNO, nanti aku try tgok kat tv3 website klu ada.



fakup lah! polis!
October 14, 2009, 3:54 am
Filed under: Uncategorized

tadi aku baca diprotal gua.com tajuk agak gempak Melissa Maureen Dirompak & Dicabul wife malique, aku pun baca isi kandungan cerita itu…

” Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.

Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.

itu al-kisah nya…apa yg aku bold tu smua betul, polis mmg mcm tu, makan duit rasuah jer lah ko polis, dulu aku tak lah anti polis, tp skrang yer, mcm lahanat, sbb aku pernah kena mcm cite ni, nk buat report xblh masuk smua benda, apa bodoh ko, bawak mahkamah sah2 reject bai…. apa aku pikir, polis malas buat keje, tutup kes, sbb fakta2 penting tak di masuk kn, jgn heran lah org jual dadah pun blh terlepas, baik polis g blaja bahasa melayu frasa kata betul, tahu erti fakta dan bukti, x kan aku nk ajar kot kn, karang ckp lebih ” ko polis ker, tahu nk siasat ker ” mmg aku tak tahu, tp aku blh pikir benda logik. so malique buat lah lagu tentang polis ni, dari 10 markah penuh, aku bg 2/10 krebiliti polis yg bagus buat kerja dan blh percaya, yang lain mcm haram…



MukaBuku
October 12, 2009, 6:18 pm
Filed under: Uncategorized

facebook, satu medium baru comunity, mungkin akan pergi 1 masa nti, serupa friendster (aku dah delete, menyampah) dan myspace (aku xpernah ada binatang ni, kesukaan mat rempit ni “cara amerika”), aku pun cari lah, rakan lama, terutama kat blu inc dulu jumpe, senang nk jemput apa2 masa akan dtg nanti, seterus nyer SII, pastu aku try cari kawan2 skolah lama aku, xjumpe lah, sbb aku xingat nama betul depa @ mereka xikut style “amerika” ada benda ni, pastu cari rakan kolej dulu, ada jer, siap de comunity “afterall”, aku pun tgok2 senior aku, aku click…click sini…dan click lagi, byk dok bergaya guna DSLR, aku rasa smua ada DSLR dah skrang ni, mcm laptop, pc, handphone. gajet yg harus di nikmati.

pastu ada setengah org aku xcam muka nyer, dah membesar masing2, aku dulu pun 56kg jer, skrang dah berat ronaldo dah ni. cuma beza aku dgn ronaldo dia ada 6 pax, aku cuma ada 1 pack jer. alah beza 5 jer, dari xde lansung. dulu aku rajin jgk main game facebook, pastu aku stop, bahaya sgt, smpi ke ofis aku main, xblh lah…nk cari rezeki halal ni…(*melencong outstation xkira yer, *blk umah layan astro pun xkira) , so aku stop menanam sayur2 tu, pastu asyik kena curi jer, nak kau, kosong ladang aku, g curi tanah2 tu. knp xcuri jer atap umah skali. sblm aku jadi peladang category profesional, baik aku stop.

pastu aku tgok pic yg orang tag kat aku, xsuka kay, pic 1 pax aku nmpk tu, terlalu sexy sgt, klu kanak2 tgok muntah hijau nanti, kesian lah kat kanak2 yg melihat tu. dah mcm buah pair pun ada aku tgok. tp xlah mcm buah pair pun, ok pe, hero tamil biasa badan sexy2 mcm aku dlm pic tu lah. klu mak aku tahu aku sexy mcm ni, x tahu lah, ish…ish…

tetiba rasa nk g melepak dgn boss lama aku, layan nasi daun pisang ker, nasi ayam ss14 ker, xpun ithai ker, tak pun p redah kedai mkn kat jayaone. tp alik2 nti, longkang cafe jgk jadi pilihan, ok lah cukup aku melalut, dah 2suku, kepala aku masih pening, xblh tidu aduh, mkn pun 5 suap jer tadi. aku rasa mual nk mkn pulak dah, aku dapat feel, masa aku tingkatan 3, berat aku 83kg, aku rasa mual mcm ni lh nak mkn, after 3 to 6 month, berat aku drop 50-56kg, smpi aku kat SII mula2 dulu. tp aku xde niat nk kurus pun, masih mahu jadi hero tamil lagi, klu gua kurus, wa dapat warna rambut beb, siap ko rambut, aku buat color clown nanti.

ok sekian terima kasih, wasalam…



cakap bola…cakap omputih..cakap lompat..
October 8, 2009, 8:56 am
Filed under: Uncategorized

pandai hang berlakon yer KJ…berbakat..tp klu hang berkempen tu, hang berlakon tak…confius aku, mcm sama jer. patut masuk anak wayang ni, aku mmg sms hang klu hang join anak wayang.