Filed under: Uncategorized
baru balik dari naza italian launching…
apa korang rasa bila dapat drive 2 kereta ini….he..he…he…


Filed under: Uncategorized
pagi ni masuk ofis awal, esok adalah hari akhir perkidmatan aku, dan pagi ini last event aku pergi, mcm biasa… aku cover event automotive, kali ni event agak besar, Ferrari NAZA italian, yang berlansung di premis naza p.j, dah pki smart ni….ha..ha…mcm biasa jumpe writer2 dari lain magazine lah, jumpe kawan lama. ok dah nk kuar ni, mau test drive Ferrari….eh…Ferrari ada auto gear kan….

Filed under: Uncategorized
ini cover last aku buat, di kala hari ahad, tanpa ada 1 sen pembayaran, kira wat amal jariah, ye lah, paling kurang pun claim petrol lah kan, ni tak, 1 habuk pun “tarak”, apa kan lagi nk claim makan apa bagai kan, xpe sabar ini, last dah ni, dan minggu terakhir di ofis ini, alhamdulilah, sebagai tatapan, cover terakhir aku buat, dapat kan di toko-toko buku terkemuka rm5.90, ha…mahal! mmg mahal pun, mmg untuk orang kaya kot…

Filed under: Uncategorized
persidangan umno kali ini membawa byk perubahan, sambil aku menyingah blog tun M, byk dia bicara kan, menurut sumber tun M di jemput ker persidangan itu, tp beliau tidak dtg, atas sbb2 ini:
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.
2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.
3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.
4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.
6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.
7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.
8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?
9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.
10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.
11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.
tun M mmg seorang yg bijak, pandai melihat dari mata rakyat, aku hormat cara beliau, tp mereka umno yang tak sedar2 diri, yang di bold itu, itu lah di mata rakyat, dan di mata generasi muda mcm aku ni, dah terlalu bersepah, selerak mcm sampah parti um** tu (kena jaga etika tulisan, nti kena ISA, ini bukan negara media bebas) dlm masa terdekat ini, akan ada pilihanraya kecil, stakat ini, tidak pernah umno menang, itu hakikat nya, sempena persidang ini, mari kita menyanyi lagu umno dgn penuh semangat, “ini lah pembela bangsa” yang kita bangga kan, mari berdiri…. menyanyi bersama, penuh semangat melayu……
*sumber fakta: http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/kenapa-saya-tidak-hadir.html
Filed under: Uncategorized
hari semalam, ada event universery 100 issue majalah, di sebuah club di k.l, mcm biasa show off jer muka, nk kata hapening sgt, tak jugak, tp aku jumpe kawan2 lama dlm industri ini, dari manager smpi lh driver, TAPI! kenapa smua artis @ celeb aku jumpe smua sama jer, adakah ada double standart di malaysia ini, balik2 orang sama, walaupun penganjur berbeza, nk lah jgk aku tgok mas idayu ker, ifa raziah ker, ker, majalah english ni tgok artis2 mcm tu “no class” , aku kena join majalah mangga ni, baru blh jumpe artis mcm tu.
balik ke rumah, dapat tahu KJ menang pemuda umno, bagus…. mmg bagus…hidup umno, orang bersalah politik wang dlm umno menang bertanding, mmg bagus…tahniah, bg ketua wanita datuk sri sharizat menang, hidup UMNO….mmg betambah bagus…. orang kalah bertanding kawasan parlimen jadi leader, mmg bagus, kalah dgn orang muda plak tu. aku pun xfaham pemikiran orang UMNO ni mcm mana, tp aku suka idealogi tun mahathir, tp dia dah kuar UMNO dah, orang UMNO xsuka dia, merajuk mungkin tun dr M tu, satu boleh aku ckp, bersih kn umno dulu, baru aku masuk umno, klu ada taik rasuah jgn mimpi lah, ko nk gelar aku pengkhianat bangsa, ko lagi khianat ajar anak2 generasi aku rasuah. ok stop nanti kena ISA plak, tp ini negara demokrasi, aku wajar bercakap sbb aku “rakyat”

“SUNBURST” pesta muda mudi, dan aku xpernah pergi event ni, dah lah xbg pass media, apalah…, pastu timbul kontrolversi plak, kumpulan N.E.R.D tiada permit untuk show di sini @ malaysia, salah sape, korang faham2 jer lah, dan mungkin permit lesen untuk event ini di gantung tahun hadapan, itu mungkin! sbb skali ko buat salah, mesti ada hukum nya. mcm aku kena warning dgn KDN, undang2 tetap undang2 yer. jgn tamak wahai penganjur, undang2 kena ikut.

Filed under: Uncategorized







korang mesti tgok AF kan, dari korang tgok AF sambil berbazir kredit, baik korang suport team DinDang from malaysia ini. taip TAR (jarak) M (jarak) dindang (jarak) hantar ker 28000, dan tiada undian pukal atau pun berbakul yer. setiap sms bernilai RM0.50 dan terus di salurkan untuk campaign earth hour.

Filed under: Uncategorized
siapa bakal penganti kerusi panas…aku belum terjawab…mungkin next week…
aku turun kebawah ofis membeli nasi goreng 8:45 mlm waktu malaysia, terserempak dgn managing director.. dia pun tanye, everthing ok? aku ok kan jer lah, padahal hari2 aku tak suka telah menjelma, rutin untuk stress kembali…so big bos tu sambung kata lagi, your bos talak ada cakap ka, mau u stay here, aku cakap “no” ok, after big event i diskus dengan dia, see how, pastu dia blah, adakah ini 1 pakatan memujuk aku, lain mcm dia ckp, tp adakah aku akan tepegaruh….oh tidak…aku tidak akan berpaling…
” apa barang buat april issue…” ayat rakan2 grafik artis dlm industri publishing media berkata2, yup aku tahu, korang dah nk close may pun…mmg tmpt keje aku lembap…itu hakikat. masih di ofis lagi ni…la..la..la….rasa mcm nk sewel.. la..la..la…, oh ada gambar g tgok baloon panas, nanti upload…sbb dlm laptop, tggu next topik…wasalam.
oh lupa, adik aku sekrang menulis majalah online, tp aku rasa dia tulis tentang muzik, mungkin……dan aku masih artis grafik majalah dunia nyata..bukan maya…ok ni website nya http://tulis.indie.my/
UPDATE: tetiba tadi bapak aku call…
bapak aku: asalamualaikum, kat mana rumah ker? ker tgah drive?
aku: walaikumsalam kat pejabat lagi
bapak aku: buat apa kat ofis dah pukul 9 ni, nk balik pukul berapa?
aku: keje lagi, pukul 12 kot, “dlm hati berkata2″ (gua telepas ckp lah, tak kan gua nk tipu kot, rasa kul 12 baru gua balik)
bapak aku: pukul 12 baru nk balik! tgah2 malam.
aku: haah
bapak aku: buat keje apa malam2 mcm ni, dah tu balik jer. keje buat waktu keje, balik ikut time balik.
aku: ye lah, nanti balik.
ada lagi sambung tu, tp urusan bapak dgn anak lah, nasib dia xtahu aku ni tak di bayar 1 sen pun overtime, mau dia marah aku dlm phone.
aku masuk ofis nk jer aku ckp, kat bos aku ” weh bos lanca*, bapak aku suruh balik! ko dah lah xbayar aku 1 sen pun O.T, aku nk balik ni, sebelum bapak aku, saman ko kat court “, itu klu ikut hati aku lah, tp aku masih depan imac.
Filed under: Uncategorized
aku telah lama mengidam motor kuasa besar, paling tidak 250cc, setelah mencari… aku ingin kan kawasaki ER-6 N, motor ini jugak di pki oleh nabil raja lawak, tp dia nyer black, tp nak beli pink…di ulangi PINK! yup ada versi custom untuk pasaran UK, dan ini motor nya…

cantik kan….so sweet kan…dik non…. , kena masuk raja lawak ni, mcm nabil, dah boleh beli motor ni.
tadi tgok astro prima cerita delima, aku suka part akhir lagu jer, cite apa aku pun xtahu, kali ni aku tunggu credit akhir, aku nk tahu sape nyanyi OST tu, dia tulis alif satar, pelik nama tu, aku google, ada tulis pengacara remaja, bukan alif OIAM ker, mungkin nama betul dia alif satar, bagi aku OIAM betul2 kuar kan artis realiti tv berkualiti, lihat album faizal tahir, kualiti beb, aku blm dengar full album alif satar ni, aku rasa kualiti mcm faizal jgk agak nya. apa….AF….alahai…no komen lah…. klu ko nk popular pergi lah AF…. ko bakat ker tak, belakang kira, janji ko boleh…kaya kan astro dgn sms, maka ramai lah melayu ilang duit…sms… ada pernah ko sms “dapur untuk dafur” atau “bersama mu” ker, “free palestin” ker, orang kita suka hiburan dan suka lebih2 jugak. mesti ada orang rasa ketat statment aku ni, tp itu realiti kita telan, entah berapa juta astro untung, semata2 di nilai dgn tagisan semata2 kuar akedemi,idup ko panjang lagi, xmati pun kuar AF tu… dan kenapa tidak tagisan rakyat palestin yg merana, itu lah orang kita, aku bercakap tentang atitud orang kita yer, oh… dan bakat AF… mak no komen nok…., korang pun tahu kemana diorang… datang dan pergi, dan melambak kan artis sahaja, entah2, jiran aku pun bekas pelajar AF, sbb jiran aku ada nama mila…uhh… eh! bukan pelajar tp perserta…., ok lah, byk aku tulis, lagi byk provok nya…stop… jgn biar aku menulis, mendidih hati baca nanti, ok ini lagu alif satar http://www.4shared.com/file/80697825/88cee7a0/alif_-_kau_pergi__ost_delima_.html
p/s: teringat slot nabil, ada interview dgn sorang pakcik ni, pakcik ni ckp ” klu xtgok raja lawak pun kena tgok jugak, bil astro sama jer kena bayar, jadi mak… kena tgok AF lah, bayar dik non..”
Filed under: Uncategorized
dlm mggu lepas aku demam, 2 hari xpergi kerjaan, khamis dan jumaat, terlentang di rumahan, dlm pada itu, situasi di pejabat rupa nya meruncing…mereka berbalah…, huh…dan pagi isnin aku masuk, aku tidak tahu menahu ada meeting seawal 8 pagi tepat ok, aku check email mcm tu, amat gilos..mcm terdesak nk meeting ker, pastu smua nya ada, kecuali aku dan bos aku, sah2 aku x ada, sbb aku cuti kn jumaat tu, xtahu.
pagi isnin smpi di pejabat, aku melihat mereka turun pergi breakfast sama, pastu betul2 smpi depan ofis, writer ppuan genit call aku, kata lepak mamak, aku pun ok jer lah, tgok2 smua ada, huh…apakah ini, ada komplot kah, dan mereka bercerita tentang seseorang, tanda xpuas hati mereka, dan orang tu adalah bos aku, writer ppuan genit itu memujuk aku jgn resign, mereka dah tahu situasi sbenar aku slama ini, managing director duduk sebelah aku, nk dgr kata2 aku, tp dia ckp better aku ckp personal dgn dia, dia kata ok, huh…skrang ni smua orang xsuka bos aku, huh… sory aku xdpt tlg ko bos…, mungkin masa ko dah smpi kot, balasan harus ko terima, aku tidak mengelak kn bos aku, aku xde feel apa pun, dlm otak aku, lantak ko lah…. aku dah resign…ada aku kisah… pegi mati lah.
17 march, kerja2 layout baru nk bermula, huh… 1 write up xde masuk, bahan xde, selama 17hari editor ko buat apa! ni myusah kan aku….wahai bos, majalah lain dah g print lah… kata keje big company dulu, apa…i x dengar…. international company…like elle magazine…xkan ko xsedar2 lagi kot, kata2 ko hanya stinggi langit, keje ko stakat pantai mendata jer. so aku xkan keje sabtu ahad ni ok, sory…aku dah resign….nasib ko lah yer, kunci gua pun lu dah ambik bos.
dan hari ini, makin meruncing… balah makin kuat, aku xnk ambik port, kali ni bos aku bermasalah dgn marketing oi…huh…aku blh dengar jer, nk tlg xdapat lah, tp aku memendam ingin memaki bos aku 1 hari nanti, sbb dia penah maki aku, sbb salah dia sendiri, dia ckp “i will be kill u one day” aku ingat sbb ko ckp kat dlm meeting bai…, aku nk ckp kat ko nanti, “your are so fucker gegurl” dan aku akan ckp masa meeting post moterm nanti. lawan tetap lawan beb, jgn ingat aku senyap, ko nk pijak2, weh!
kuat nya balah, bila tadi pengiraan kos membeli images… dari sumber2 images bil… total count to 10k…. untuk march issue, huh…gilos giler, waktu di tempat lama dulu, blh pki sekitar 2k jer….sah2 kerugian bakal melanda… ada lebih aku terkejut, untuk print cover sahaja telah mengunakan 40k, tu cover sahaja print, di ulang cover sahaja print! cover paling mahal aku pernah buat…gilos kn, pada aku biasa2 jer, pada anda aku xtahu, aku hanya guna idea aku sahaja, bout kos aku xtahu, sape sign quotation lulus kan, tu kena tanye bos aku…aku engak tahu, tp mmg aku xsangka kos nya begitu. maka berbalah lah lagi pihak marketing pada dia.
aku xpernah luahan kan, ketidak puashatian aku dgn bos aku, pada management, aku ada cite skit2 pada writer, ye lah bukan ramai mana pun staf nya, akhir nya, perangai buruk nya dah tersebar luas di management, aduhai, aku letak syarat aku blh tarik balik resign letter, klu bos aku setuju ambik 2nd designer @ ko di pecat, ganti editor baru, tu syarat aku, ko nk cari senior dgn basic 2500, ingat senang ker, dlm media publishing rate tu rendah bg senior designer, sbb company suka simpan designer, klu bagus lah, jgn terkejut jika gaji mereka 3500 bermula ok. aku baru tahun kedua dlm media publishing industri. rasa nya ada lagi bagus dari aku, come on…. tgok orang tu tahan selama mana, huhuhuhu….
esok masih kerja lagi, tp aku dah start malas nk design layout, xde semangat lansung… hilang pasion aku, aku cuma buat kerja2 marketing… lagi best… layout event, best plak keje dgn budak2 marketing ni, cool… aku tak stress…
p/s: jgn terkejut aku tulis cerita begini, sbb ini realiti, kehidupan, mungkin orang lain punya cerita mcm aku, mungkin lagi teruk… ini blog, adalah peribadi, aku bebas hendak kata apa, tp punya prinsip kemanusiaan.
Filed under: Uncategorized
blog aku ni klu x ceti kontrovesi…tak sah.. bukan kontroversi..tp lebih sesuai provokasi! knp provok! orang suka u provok ni, klu kontroversi tu mcm dah hiburan sgt. ok…i nk cerita ni, masalah media kat malaysia sini, suasana nya, walaupun hanya 2 mmgu lagi akan tingal dunia media ini, tp ruanglingkumpi rakan2 masih di media, skali pergi lah baca malaysiakini.com , cerita tentang media… tentang utusan melayu, ketidak puas hatian pekerja media, dan utusan melayu ini milik UMNO, i xbaca utusan ni, sbb cerita nya lebih kuah dari sudip….dan xberapa bebas ahkbar nya. suara kata2 nya berkisar UMNO jer, orang kadang muak dik non…. cari lah cerita ilmiah skit lah…ok baca luahan hati perkerja media utusan melayu ini, dlm menegak hak orang media melayu….

Wartawan UM ugut piket di sidang Umno
Mar 18, 09 11:53am
Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu memberi kata kedua kepada majikannya: meteraikan perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011 menjelang jam 6 petang Isnin depan atau menghadapi piket semasa perhimpunan agung Umno yang bermula keesokannya.
Pengerusi NUJ Utusan, Amran Ahmad berkata keputusan berpiket itu dibuat oleh majoriti ahli exco kesatuan dalam mesyuarat pada 11 Mac lalu bagi memberitahu Umno, sebagai pemilik syarikat, mengenai masalah wartawan akhbarnya.
“Kesatuan merasakan rundingan antara majikan Utusan dengan kesatuan tidak akan membolehkan kakitangan menikmati hak dan kebajikan yang setaraf dengan industri, justeru campur tangan pemilik Umno perlu bagi membantu kesatuan,” katanya.
“Sebelum ini, kami telah menghantar surat kepada presiden Umno, timbalan presiden Umno serta beberapa menteri dari Umno tetapi tidak mendapat maklum balas dan piket ini adalah medan komunikasi yang berkesan untuk menyuarakan masalah kami.”
NUJ Utusan mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran Utusan Melayu (M) Berhad, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.
Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelasaran gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.
Rundingan CA terbaru NUJ Utusan itu adalah sambungan kepada CA lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.
Mengulas lanjut, Amran berkata, NUJ Utusan bertekad untuk meminta pelarasan gaji 10 peratus untuk tempoh tiga tahun akan datang kerana NUJ cawangan The Star mendapat pelarasan 14 peratus, manakala NUJ kumpulan New Straits Times Press (NSTP) yang sedang berunding menerima tawaran 12 peratus.
“Permintaan kami ini tidak keterlaluan kerana masih di bawah pelarasan gaji kakitangan The Star dan NSTP selain Utusan diyakini mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat bayaran tersebut kerana sedang merancang untuk membina bangunan baru berharga RM60 juta,” jelasnya.
Jika piket ini tidak berjaya untuk membantu matlamat kesatuan, tambah Amran, NUJ Utusan akan terus berusaha mengadakan pertemuan dengan lebih ramai pemimpin Umno bagi mendesak agar pengurusan atasan Utusan Melayu (M) Bhd memenuhi permintaan kesatuan.
p/s: kesatuan perkerja ini penting jika tempat kerja anda mempunyai ramai perkerja, kesatuan boleh di daftarkan, dan di sini hak2 sebagai perkerja boleh di war-war kan, sama2 membantu, supaya tidak di pijak oleh majikan tak bertangung jawab, hidup persatuan perkerja, bak kata pepatah…. bersatu kita teguh… bercerai kita kawin lain….