maxis lagi
July 31, 2008, 2:03 am
Filed under: Uncategorized

asyik complain pasal maxis jer, ingat pki bill memudah kan,tapi ………. maxis ada online system, senang untuk pembayaran bil. tp online system teruk sgt2, kamu tu syarikat telekomunikasi, xkan perkhidmatan online teruk, bukan makcik jual tudung online. kepada orang2 maxis tgok blog aku, harap blh ubah kualiti perkhidmatan, jgn jadi mcm astro, dapat anugerah service operator paling teruk dlm malaysia, walaupun astro ngan maxis board director yang sama, sendiri faham lah yer. berbalik pada yang aku nk complain, bill maxis aku patut dah update setiap 27hb, tp ni bagi aku bil yang aku dah bayar, g tgok bahagian bil semasa yang lepas tarikh sama, yang bayar pun tarikh sama, giler ker apa. kira nya dah 3 hari aku tggu bil online. masih mcm tu jugak. nampaknye boleh terima anugerah perkhidmatan online terteruk di malaysia.



beli jugak
July 30, 2008, 8:32 am
Filed under: Uncategorized

akhir nya, aku beli juga LCD, monitor asyik wat hal je, akhir nya ambik 19inci LCD, boleh online di rumah, tanpa ada masalah monitor. em, best gak, xpki VGA dah, pki DVI. lagi clear LCD.



kena pecah depan rumah
July 30, 2008, 2:07 am
Filed under: Uncategorized

kereta heloo kity kena “pecah dan curi”, orang pertama nmpk saya lah, around 8:05am nk kuar rumah mcm biasa g keja, bukak jer pintu tgok bonet hello kity dah terbuka, pelik lah kan, so mcm nk biarkan, tp kenapa terbukak, blm sempat nk bukak grill aku g kejut owner keta, apahal biar bonet terbukak, blm nk auto show lagi, lepas pe lagi bergegas ke bawah, grill yang blm di buka, di ikat dengan tali, “safety 1st” yer ko pencuri, tgok2 sah, telah di rompak, mula2 tgok bahagian dlm, player CD ilang, eksesori kity paling byk hilang, ni sah2 budak kereta lah, tak pun orang jual barang kereta. apa yang hilang? dlm (kereta) CD player, aksesori kity, tombol gear,(enjin) blow off, refileter, itu yang di kenal pasti awal, blm check abis lagi. yang pelik nya, ada sebuah camera nikon berharga ribuan ringit tidak hilang, hanya barang2 kereta sahaja. report polis telah di buat, wahai pencuri anda tidak kemana lmbt laun kena jugak, budak2 keta pun dah roger2, klu jumpe barang2 tu, bukan nk barang balik sgt pun, duit blh cari, tp orang mencuri tu, mmg di cari sangat. kami lebih memerlukan kaki dan tangan anda untuk di patah kan.



shot wedding
July 29, 2008, 2:48 am
Filed under: Uncategorized

shot wedding yang entah berapa kali, rasa nya cecah belas2, hampir ke angka 20, total dlm 1 tahun, baru2 ni shot wedding di dewan bandar tun razak, bg pasangan sharul & norliana. next week pun ada lagi, 2&3 ogos. domain website pun dah renew, makna dah 1 tahun lah, buat shot wedding ni. em, thanks kedua keluarga pasangan sharul & norliana atas layanan yang baik.



Johnson&Johnson fotografi Baby of the Year 2008
July 29, 2008, 2:17 am
Filed under: Uncategorized

Johnson&Johnson mengadakan pertadingan fotografi baby of the year 2008, RM45,000 keseluruhan hadiah, hadiah utama termasuk kontrak cover majalah. pertandingan di ajuran kan sempena olimpik beijing, 3 cara mudah untuk sertai beli barangan Johnson&Johnson, sediakan dua gambar, dan hantar melalui online, email dan surat, maklumat lanjut Johnson&Johnson 



proton V6 Eksekutif
July 28, 2008, 8:41 am
Filed under: Uncategorized

kereta nasional mahal kos penyelengaraan, tetiba terpangil untuk menulis tetang topik ini, seperti yang ramai tahu proton V6 antara kereta mahal buatan malaysia, semesti nya kos selengara pun mahal, akan tetapi bagi kerajaan terenganu, bermaksud kerajaan terdahulu, mebelanjakan rm43,750 setahun untuk 1 buah proton V6, fakta ini di tulis dari akbar berita harian, “Sebagai contoh katanya, dua daripada Perdana V6 Eksekutif yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan Terengganu, masing-masing mencatatkan kos penyelenggaraan RM175,000 dan RM132,000 sejak 2004 hingga kini.” bermakna rm43,750 setahun, anda tahu dengan kos ini, apa yang boleh di lakukan, membeli engin mitsubishi yang sistem turbo, gearbox baru, pasang sun roof, bonet depan carbon-fiber, sport rim OZ 20in, sound system + LCD screen. adakah kereta kerajaan negeri terenganu memiliki kereta sebegitu, klu di hitung kan masalah utama gearbox, around 5k paling mahal, malaysia product kan, boleh membeli 8 gear box dalam setahun, dan proton juga melaporkan kepada berita harian kos sebenar selengara V6, “Saya juga ingin jelaskan purata kos penyenggaraan sebuah Perdana V6 Eksekutif untuk setahun ialah RM2,357 dan bukan RM3,692 seperti yang didakwa akhbar tempatan baru-baru ini,” tepuk dada tanya selera, banyak penyelewengan berlaku, dan ini juga menjejaskan imej proton. dan proton juga membuat penyiasatan audit kepada semua pusat services milik syarikat ini, bersedia lah anda kepada pengamal rasuah.

sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20080727232847/Article



stylish versi 1
July 28, 2008, 8:00 am
Filed under: Uncategorized

gambar ini, saya yang stylish+konsep+idea (with writer), boleh kata picture di buat rushing, sebab kejar masa, masa tu pukul 9 pagi, dapat call suruh buat benda ni, 9 stgh shot, saya amat suka stylish, sbb benda ni perlu ada konsep yang kuat, layout ini untuk men’s health august 08, nanti kan kemunculan stylish versi 2, baru tadi shot untuk mens health sept 08, takat ini saya rasa picture yang ambik tadi the best stylish saya buat. prepair jer 1 hour + setup product + cari location + setup camera & light, dalam 5 minit dah dapat shot yang di kehendaki, result bagus++  ini lah setiap bulan saya buat, selain layout magazine dan bergaul ramas mesra dengan model & celebrity. 



maxis suck
July 25, 2008, 12:39 pm
Filed under: Uncategorized

now  8.30 mlm  sekarang handphone saya dlm status NO ACESS TO NETWORK, dari pukul 7 mlm tadi, what the hell maxis, saya penguna maxis tetap, bukan pra bayar, but your service to suck, smlm my boss xboleh terima call or sms dari pukul 8.30 mlm sehingga pukul 11 pagi, tanpa sebarang notis, dan dia juga pelangan tetap maxis, jika ada buat servey service i vote 3/10 sebab terlalu teruk, setiap perkhimatan saya bayar, so give me the best service.



alahai minyak
July 25, 2008, 7:01 am
Filed under: Uncategorized

mayb ini tanda protes, ataupun mmg kita merana harga minyak naik



kenapa harus memperlekehkan
July 24, 2008, 2:34 am
Filed under: Uncategorized

pada masa kini, karya kreatif wanita sama hebat nya dengan lelaki, mengikut nisbah pereka grafik wanita di tempat saya kerja, 1:6 bermakna 1 pereka grafik lelaki bersamaan 6 pereka grafik perempuan. di sini juga creative director juga seorang wanita, secara rawak nya saya mengambar kan, hasil kerja mereka di hargai dan mendapat tempat dlm industri ini. dalam dunia penerbitan (publishing) banyak kategory ada, dari menghasil kan  news paper, yellow pages, buku-buku, majalah, dan sebagai nya, berkait rapat dlm penghasil produk yang agak tebal. atas pengalaman saya yang tidak berapa ini,dlm wordpress ini saya akan cuba serba sedikit cerita laluan harian saya menghasil kan majalah. hampir 1 tahun saya dlm industri media penerbitan (majalah) saya pernah di perlekeh kan, oleh grafik designer lain dlm aliran dunia penerbitan, ayat nya begini ” ko buat keje senang lah, xpayah nak buat adv yang bebelas2 sehari susah” orang ini dlm penerbitan yellow pages. saya pernah buat yellow pages selama hampir 2 tahun. sepanjang kerjaya saya dunia paling susah advertising, menyiapkan 1 adv memakan masa 1 mggu, sbb kita bukan sekadar layout sahaja, malahan otak di perah sama mencari idea2 baru dan berkonsep. kedua susah dlm dunia penerbitan majalah, byk workflow, konsep, dan terakhir layout, dan ianya terlalu akrab dgn dunia photography. bagi saya menjadi pereka yellow pages adalah benda biasa, kurang cabaran, dan ruang lingkup yang sama, kurang perubahan ketara. dan saya tidak kata kerja mereka terlalu rendah atau harus di perlekeh kan, ramai kawan2 saya pereka grafik yellow pages, saya hanya tujukan pada orang yang pernah perlekeh kan saya, saya pernah berjumpa dengan seorang art director dari sebuah majalah terkemuka yang berpengkalan di amerika, beliau pernah berkata, dlm dunia publishing pengunaan software semakin mendesak kita untuk terus belajar, jika dulu software di gunakan QuarkXPress sampai lah sekarang InDesign, saya pernah bertanya bagaimana jika kita layout mengunakan ilustrator dlm menhasilkan produk publishing dan dia menjawab “anda terlalu hebat, kerana mampu buat begitu, kehebatan itu akan memakan diri anda” kesimpulan saya dapat, jika anda buat begitu, akan terlalu bodoh kerana anda akan terus ketingalan zaman, bg yang baca secara mendalam akan faham, dengan secara terbuka saya mencabar orang yang pernah berkata memperlekeh kan saya, saya cabar anda buat design yellow pages anda, sebagaimana saya membuat majalah, dari segi layout, pengunaan warna, pemilihan picture dan manipulasi nya, dan cara pengunaan huruf betul dan tepat, dan orang itu, sila cari majalah Men’s Health malaysia, pada indeks pages ada nama saya sebagai pereka grafik, mampu kah anda buat, sila kan.