biro TATAnegara
December 3, 2009, 3:07 am
Filed under: Uncategorized

BTN, nama singkatan…aku dah pernah g kurusus ni, dlm tahun 2000 rasa nyer, selepas SPM, aku g kursus ni di bawah kumpulan belia 4B di buat di kem BTN machang, kelantan. yang bagus nyer aku g tmpt orang lain, tahu cara hidup, komuniti, dan jgk masakan nya, berbeza kan.

tapi dari segi pengisian BTN ni, mmg terlalu hampeh… stiap modul cite UMNO…UMNO…dan UMNO lagi. korang akan di saiko secukup masak lah, pasal melayu tu semesti nya, sewaktu aku pergi soal perkauman xde sgt, cuma masa ketika itu, reformasi masih ada, jadi ada di kalangan peserta ini, orang reformasi (akar umbi), jadi ada di kalangan peserta ini pelajar universiti, dan agak ramai (pengajur belia 4B tak sangka kot) jgk yang penyokong reformasi. hampir ke smua modul di bangkang sehabis nya, bagi aku yang di besarkn dlm media yg alternatif di rumah aku baca harakah dan berita harian dan beberapa akbar alternatif) apa blh aku kata mereka ini dusta. semuda 18 tahun aku masa tu. aku xbenci UMNO, tp cara mereka merancang modul itu, buat aku makin xsuka UMNO, sbb nya, terlalu rakus mengutuk orang lain, lepas tu terlalu mengungkit jasa UMNO (sejarah malaysia kena kaji dgn betul). dan mengatakan parti lawan bermacam2 pekara tak sepatut nya. tak ker rasa seolah2 mereka dlm BTN ni angkuh dan sombong dan selamba kutuk2 orang.

selama 3 hari aku di sana, seolah ada berlaku krisis, bila ada golongan peserta dari aliran reformasi ingin berdebat pelbagai isu mlm terakhir. dan itu menjadi kenyataan. gologan ini tenang sambil pelbagai isu timbul, perihal kewangan negara dan isu2 rasuah. tenaga pengajar pun balas dgn pelbagai jawapan, tp byk menjawab, rahsia kerajaan. xnk ckp. dan paling aku ingat ada tenaga pengajar ini, dlm lingkungan 50 tahun mcm tu lah, menagis kata kan, smua tak kenang jasa, tak kenang budi. bukan niat peserta mcm tu. BTN untuk lahir gologan jadi diri yg bagus. tp kenapa di pergunakan untuk senjata UMNO. dan kini pun UMNO masih cakap dia tiada kena mgena dgn BTN (berdusta lagi tu) mereka yang pergi sahaja tahu.

berubah lah supaya BTN tu menjadi yg lebih baik, bg aku klu ada setengah negeri nak banned BTN bagus jgk. sbb mmg dah terpesong pun dari tujuan asal. lagi 1, zaman skrang anak2 muda bukan golongan bodoh yg masih blh di sogok dgn kain batik, lupakan saja. tgok saja bape ramai cemerlang SPM. bape ramai ada diploma, yang ada degree. mereka berpendidikan, blaja di universiti. ideologi mereka makin luas dan terbuka. demokrasi itu bukan komunis.



bigestloser…cabaran ni…korang berani!!!
November 28, 2009, 1:05 pm
Filed under: Uncategorized

aku set 1 month untuk program ni, skrang 28/11/2009 so 28/12/2009 berat aku kena 56-68kg, semoga berjaya…dan klu korang nk tips pergi sini http://www.biggestloserasia.com/ apa yang penting kesihatan.



AKTA HASUTAN 1948 (drama photographer tersohor)
November 25, 2009, 5:29 am
Filed under: Uncategorized

rujukan dari http://www.agc.gov.my/agc/Akta/Vol.%201/Akta%2015.pdf

Kesalahan
4. (1) Mana-mana orang yang—

(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apaapa
persediaan untuk melakukan, atau berkomplot
dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa
perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut,
atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan
menghasut;

(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;

(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk
dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apaapa
penerbitan menghasut; atau

(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut,
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi
kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; dan apaapa
penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu
atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya
hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan
dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh
mahkamah.

(2) Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab
yang sah apa-apa penerbitan menghasut melakukan suatu
kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali
pertama didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan
atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan
penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan
atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang
diarahkan oleh mahkamah.

ok itu penjelasan kesalahan, tp baca link atas itu untuk sepenuh nya, dan fahami isi nya…ada setengah orang bila kata hasutan bermakna faktor gosip, tuduhan liar, paparazi dan sebagainya. dan ada sentengah orang terdesak jer nak guna akta ini sesuka hati, dan enteng bab perundangan dan cuba mengugut dgn cara ini, seolah orang lain tak tahu tentang akta ini, so bermula lah megadrama yg terlalu tragis, org yg “kena” drama itu, tidak mahu mengikut rentak tari nya yg berdrama, itu lebih baik, maka serah kan lah drama itu kepada pihak berkuasa, kepada pencerita drama itu (tersohor orang nya) anda sudah menconteng arang ke muka sendiri, dan mungkin ini balasan tuhan nk bagi “cash” kepada kamu, ramai dah terkena, smpi masa bumi ni bulat seadanya, berputar lah ia dengan adilnya. yang penting angkut bakul sendiri, di blog sendiri.

p/s: hendak menari dengan ku tentang akta ini sila kan, aku masak dgn dunia penerbitan, tak kan lah smpi 3 surat warning KDN kena dulu, masa aku kerja, ops..surat warning aku bukan bawah akta hasutan yer, akta penerbitan.
dan blog lain pun tulis cerita perihal ini, dan tema nyer drama, sape rasa nak tulis mcm ni, gunakan perkataan drama…sesuai yoouu…..



1malaysia-proton
November 13, 2009, 4:43 pm
Filed under: Uncategorized

how to make it short-film…see this 1 malaysia lah maaa….



kelantan tetap “amerika”
November 11, 2009, 3:15 pm
Filed under: Uncategorized

aku ambik big word dari film budak kelantan…, ada yang akan kritik aku, bila aku tulis tentang ini, ada jgk org cuba kritik masa aku tulis dulu isu, si kembar kena teranjang dan rusuhan penyokong kelantan di stadium kota bahru dulu. tak smua org kelantan mcm tu, di bedil smula..dgn kata2 itu, tp aku fikir rasional, mmg benar…mayb aku yg salah tafsir, tp apa terjadi di stadium bukit jalil, merubah balik pemikiran aku, mereka tetap “amerika” jugak…, diorang mmg suka bakar-membakar, emosi keterlaluan, aku rasa prof kat universiti kena kaji benda ni, knp sentiment kenegerian sgt tinggi, padahal kita 1 ladasan yang sama, iaitu islam.

tp, tak adil klu aku tulis tanpa org kelantan sendiri tulis, luahan hati mereka, mayb dari 10 org, mungkin ada 2 jer yang betul kuar dari sifat kenegerian sgt itu, baca blog ini, luahan beliau, mudah landasan 1 jer, iaitu islam…ini blog nya http://sangkunang.blogspot.com/2009/11/bakpo-kelate-kaloh.html dah baca komen kat sini yer, antara pertikannya “Habis perlawanan, pertempuran masih belum tamat. Insiden baling membaling, pukul memukul berlaku di luar stadium. Member aku dari kelatedotnet, dipukul oleh rakan senegeri kerana member aku cuba mempertahankan sorang penyokong NS yg dibalun beramai-ramai.. Kesian mu adib. Tp aku respek mu, mu lah wira sejati. Sanggup mempertahankan penyokong NS yg kene balun ngan budak2 hooligan tu.” tgok tu, sangup tu, belasah kawan senegeri…ok lah, tak best kan klu xde bukti diorang ni berperagai beruk kan ni video, tgok lah…apa salah penyokong negeri sembilan di baling mercun, dlm tu blh tgok akak dan anak kecil ada…

this not provok this is real….ada orang kelantan nak komen, bg aku yang jenis “amerika” ni dah majoriti bukan minoriti….so FAM ambil tindakan tegas…aku cadangkan no more playing kota bahru stadium untuk 3 tahun, sbb ini pekara berulang…

p/s: aku ada dapat pic penyokong kelantan, pki bra jer, sambil cat di badan…tp blm di pasti, sbb aku kena tgok superimpose ker tak, tggu nk dapat kn pic highres. apa pun, kelantan mmg “amerika”.

update: aku post kan jgk lah pic tu, tp aku xpasti pic yg pki bra itu lelaki @ perempuan… mesti dato nik aziz sedih/kecewa ada pulak terselit bendera PAS…



polis datang mcm nak tangkap penjenayah, padahal nak tangkap bekas mufti perlis
November 4, 2009, 7:49 am
Filed under: Uncategorized

aku terkilan tgok Dr.Asri ni kena tangkap, alasan nyer beri ceramah tanpa tauliah, mungkin itu betul., tangkap lah jika dia salah…hanya dia sorang sasaran, tp mengapa sehingga lebih 30 orang angota polis, kenapa! penjenayah kah beliau, knp polis tak kerah 30 orang tu g cari ayah pin, padahal klu nk jumpe Dr.Asri tu, pegi jer USM dia mgajar kn sana, Dr.Asri pun sudah buat sidang media, pengangkap nya berbaur politik, dari sudut logikal mmg iya, dan aku pun setuju YADIM diaudit secara betul, oleh unit audit negara, tak sangka betul, ada jgk golongan, yg kita beri kepercayaan untuk islam, tp tamak haloba, hati busuk, dan lg 1, polis pun dok ramai2 tangkap tu buat apa, nak jadi hanjing pada si bangsat itu, eh, mmg polis anjing pun.., kalau dlm 3-5 orang polis revelan jgk, sbb Dr.Asri bukan ada senjata, ni lebih 30 orang, pakai uniform, yang tidak berapa pulak yg berpakaian preman kan, aku tak tuduh melulu-lulu, tgok video ini bukti sahih….



gelaran YB dato Paduka coming soon
November 1, 2009, 5:48 pm
Filed under: Uncategorized

wah, zaman skrang, tiket kapal terbang online, beli baju online, tempah kek pun online, ni yg baru aku baca nk apply gelaran YB dato Paduka online, ini aku xtipu serius betul, tp di di beri kan dari raja di jawa indonesia, dan selamba dek… jer di pki title tu kat malaysia, gua tak tipu…dulu, aku blaja sejarah tingkatan 4, gelaran dato ker, dato seri ker, ada parduka ke tak ker, tun apa je lah, atas sebab bakti beliau pada negara, 1 penghargaan, dan dari apa yg aku tahu, untuk mendapat gelaran di malaysia, pencalonan di beri kn dari kerajaan malaysia, dan akan diselidik teliti oleh majlis raja-raja, “andai aku salah betul kan” itu yang aku faham, dan jgk majlis raja-raja sememang nya ada calon sendiri, bermakna majlis raja-raja melihat sendiri orang berkelayak itu menerima nya. tapi…itu kat malaysia, klu ikut prosuder panjang lebar, aku ringkas kn dlm bahasa pasar itu. itu bukan isu tapi, isu nya, ada jugak gelaran yg di beri dari luar, di pki oleh rakyat malaysia, yang terang2 pelembagaan negara malaysia menolak nyer, dan dengan selamba dek…jer orang itu pki, dan mereka ini pekerja kerajaan, apa jadah smua ini, dah giler nak pangkat ker, malahan boleh download borang dan mohon saja….semudah A..B..C.. untuk pencalonan, mcm ko g apply keje kat jobstreet tu, mcm gitu lah. tak percaya…okey….lu orang baca link web ni, kalau rasa nk pangkat apply mcm aku jer…http://rajasurakarta.com/soalan.html gua talak tipu lu orang, ini betuil-betuil loo…

p/s: raja negara aku masih berdaulat, kenapa rakyat nya tamak, mendapat gelaran dari luar (semudah apply mcm jobstreet). mana setiamu pada rajamu.



isu halal…
October 30, 2009, 8:23 am
Filed under: Uncategorized

halal…logo halal…aku jenis tipikal bab halal ni, klu tmpt aku mkn xde logo halal…aku susah skit., sory…aku mmg mcm tu, klu takat tulis free pork blm tentu halal, mcm wiliam kat KJ tu, please use halal logo from jakim, dan bg sijil nya skali paparkan di kedai, aku slalu ckp kat org sekeliling aku, klu free pork blm jamin halal, dia cuma xde babi, mcm mana dgn alkohol, mmg xde wine, tp pikir dlm bahan di guna kan, sos brand apa kandungan apa, paling mustahak adalah kicap, sbb byk kicap yg bagus dari thailand yg tak halal.

bagaimana aku tahu smua ini, aku tahu benda ni 5 tahun lepas, 1 thn stgah tahun aku di cameron highland berkerja dgn 2 hotel berbeza. dan aku chef kat hotel2 tu, diorang yg terang kn pada aku. malah tunjuk sendiri kicap yg ada alkohol, ada jgk yg bercampur lemak babi, kena faham yer, free pork hanya bebas babi, bukan lemak @ minyak babi yer, sbb dia dah bercampur di jadi kan kicap. aku menulis ni setelah aku terbaca artikel di harian metro mcm ni

——————————————-

” KUALA LUMPUR: Alasan tidak masuk akal apabila seorang pemilik restoran yang mempamerkan sijil halal palsu di premisnya mendakwa tidak tahu bahawa mencampurkan kicap mengandungi kadar alkohol tinggi ke dalam masakan ayam haram dimakan.

Difahamkan, restoran kopitiam terletak di Damansara Perdana terbabit menggunakan kicap dengan kadar alkohol 16 peratus setiap botol itu sebagai resipi wajib bagi merendam ayam masakan yang dihidangkan.

Perbuatan disifatkan satu penganiayaan kepada pengguna Islam itu berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat serbuan di restoran kopitiam itu, semalam.

Serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu disertai seramai lima pegawai Jakim dibantu tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya.

Pemilik restoran bukan Islam berkenaan dipercayai menggunakan sijil halal palsu terbabit sebagai modal menarik pelanggan di kalangan pengguna Islam. Mungkin menyedari sukar melepasi syarat pensijilan halal Jakim, dia cuba mendapatkan sijil halal dari pihak yang menawarkannya pada harga tertentu.

Pemeriksaan mendapati, pemilik restoran mempamerkan sijil halal Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) luput tarikh pada dinding premis,” katanya.

Menurutnya, pegawai Jakim yang melakukan pemeriksaan susulan di dapur restoran berkenaan terkejut apabila menemui beberapa botol cecair hitam dipercayai kicap khas digunakan dalam masakan.

“Pemeriksaan pada botol kicap mendapati ia mengandungi alkohol 16 peratus. Kadar alkohol tinggi itu jelas boleh menyebabkan individu yang meminum kicap berkenaan mabuk.

“Ketika ditanya kepada tukang masak warga asing yang bertugas di dapur berkenaan, dia mengaku menggunakan kicap alkohol terbabit untuk merendam ayam supaya lebih enak. Berikutan itu, pegawai Jakim merampas ketiga-tiga botol kicap alkohol berkenaan,” katanya.

——————————————-
so tepuk dada tanye selera, yang mana halal…yang mana tidak…klu kita jijik nk makan babi, apa beza nyer nasi goreng atau pun chicken chop kita di masak dgn minyak babi. di tambah dgn kicap alhohol…ohh..tp sy tak minum akhohol…blh mcm tu…so gunakan tanda halal sebagai guide. itu lah guna nya sijil dan logo halal.



malu aku menteri mcm ni…
October 29, 2009, 4:52 pm
Filed under: Uncategorized

cite ni dah agak lama, kira waktu BERSIH protes dulu, rasa nyer, pak menteri zam ni, entah mana pegi pun aku xtahu, dah lah menteri, english…aduh hai…menteri beb…ambik lah kelas english, nk malu apa…menteri english 1 standard dgn aku! menteri apa mcm ni! baik aku g interview jawatan menteri mcm tu…, yang aku tak berkenan tu, cakap ikut emosi…sebagai menteri..wartawan berita tu tanye elok2, ni dia hablur dgn perkataan yang bagi aku, ” ko resign jer jadi menteri penerangan tu ” kata dulu bekas wartawan konon, patut tahu lah nk ckp apa…klu takat jadi wartawan hamba kerajaan, orang tak pandang dah…nanti ko di label wartawan kelas dua…, mcm ala2 majalah mangga tu. tak pun kosmo tu, ok lah aku harap menteri akan datang jaga RTM ok skit lah, aku tgok RTM dah mcm kelas 2 jugak dlm penyiaran. tgok lah video ini….korang tgok dan nilai kan…

p/s: thanks adam komen my blog bout gay story.



ambil gambaq
October 25, 2009, 6:46 pm
Filed under: Uncategorized

tukang gambaq, dulu org pangil mcm tu, lani photographer….ramai dah lagu ni org ambik gambaq, dah blh buat hoby untuk golongan sedahana, aku pun xpandai nak ambik gambar yg tahu basic jer…guna auto sudah…, tp camera yg mahal..memudah kan keje ambik gambar, tambah dengan lensa yg mahal…ada org ckp, camera biasa pun blh, mmg betul…tp klu camera biasa blh, apa jadah nyer harga beza, mesti teknology beza kan…, aku masih ingat lagi zaman film, develop black and white..terkenang encik yeshh…lecture photography aku dulu, bila gambaq cun, dia sebut yeshhhh….gilos terkejut 1 kelas, nama betul dia encik ramli (betul kn ida, eh silap nama komersial siti), tp aku lg suke lecture sblm tu, sbb dia tahu art yg ada dlm picture aku, 1st asignment wa dah kena puji…hahahaha…smpi lah akhir sem photography wa dapat A+, nak kata gua minat mmg lah, tp yang xmampu tu ongkos nya, zaman film kan.., 36 roll jer, xjadi masak beb…mesti kena jadi, pki fuji200 kat kedai biasa rm14.50, beli kat maidin rm9.50 blh dapat 36 roll nyer woo. aku suka fuji sbb blue and green dia naik, paling mahal film aku beli rasanya rm18 xsilap aku fuji400 ker fuji800, aku rasa fuji800 sbb aku pki kat dlm stadium darul aman + dapat pki lensa kepunyaan IKIP yg berharga 25k, jadi kuli pikul lensa tu pun xpe…janji merasa pki lensa tu, walaupun 5-6 snap jer..jadi lah…dari xmerasa lansung.

tu dulu era film, skrang era digital, kadang aku tgok camera mmg mahal, lensa mahal, sayang nyer ambik gambar, sedih aku tgok. xsusah nak ambik gambar tau basic teknology dulu, ISO, aperture, shutter speed. mana camera sama basic tu, pastu baru blaja art, komposisi, point of view, varaisi color, liner pespektif dan mcm2 lagi, gua xingat dah lama tingalkn skolah seni, gua nk ckp lebih2 pun xblh, gua dah jarang sgt petik gambar…sgt2 jarang lah. ari gua petik, gua xingat dah nk pki ISO bape, shutter speed bape, siap gua kena tanye, betul ker gua setting binatang ni…gua mmg xmalu nak tanye, xingat tanye jer, ini gua ada buah tangan skit, gambar lama 3 tahun lepas, masa gua kat company lama kat PJ. gua guna camera biasa DSLR lah, tp wa ambik pki RAW, masak gua nk resize tadi dari 21mb ker ratus KB jer, sbb nk masuk dlm ni.sila lah tgok, xbyk pun sbb selepas 4 keping RAW gua resize…gua rasa malas, sbb RAW file kena setting dulu, nasihat gua pki RAW file klu nk selamat gambar dan detail.

IMG_9736

IMG_9681

IMG_9744

IMG_9743